Happy Fasting (2008)

Sunday, September 14, 2008

Hadith Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang berkah, Allah telah mewajibkan ke atas kamu puasanya, di buka padanya pintu-pintu langit, dan ditutup pada pintu-pintu neraka, dan dibelenggu padanya syaitan, demi Allah padanya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang diharamkan kebaikannnya, maka diharamkan”, dan pada lafaz yang direkodkan oleh Imam Ahmad: “Dibuka padanya pintu-pintu syurga” sebagai ganti kepada “pintu-pintu langit”. (an-Nasai, Ahmad, dan al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Ibn Majah, beliau menyatakan ia “Hasan Sahih”).

Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah saw bersabda “Semua amalan anak Adam adalah untunya kecuali puasa, kerana puasa itu untukKu dan Aku akan membalasnya, puasa adalah perisai, jika salah seorang sedang berpuasa, janganlah berkata keji dan meninggikan suara, jika ada yang mencercanya atau memeranginya maka ucapkanlah “Aku sedang berpuasa”. Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, sesungguhnya bau mulut orang yang sedang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah Azzawajalla daripada bau misk. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira kerana puasa mereka” Muttafaq Alaih

3 comments:

Izuan said...

selamat berpuasa!!

Teja Suraya said...

selamat berpuasa...

Anonymous said...

Salam aOp!

Selamat hari raya and good luck for your Ph.D studies! :-D